Sunday, April 1, 2012
Resepi Betik Masak Lemak
Bahan2nye:~
1/2 biji betik muda
1 biji kelapa - dparut dan diperah santannya( santan pekat)
Segenggam cili padi ( kalau tak suka pedas,boleh dikurangkan)
2 inci kunyit hidup
segenggam ikan bilis
sehelai daun kunyit ( jika tak ada,tak bubuh pun tak apa)
garam secukup rasa
Cara-caranye:~
Betik muda dicincang halus ( jgn terlampau halus sangat....sederhana jelah...) Cuci dan toskan.
Tumbuk cili padi dgn kunyit sehingga lumat.
Masukkan betik muda,santan dan bhn tumbuk tadi kedlm kuali- senang nak kacau lauk tersebut.
Masak dgn api yg perlahan agar santan tadi tidak pecah.Masukkan ikan bilis dan garam secukup rasa.
Setelah mendidih masukkan daun kunyit yg telah disiat.Kacau seketika dan bolehlah dipadamkan api.
Masakan ini kurang kuahnya,ia spt rendang....kalau berkuah tak sodaplah...sbb itu ia menggunakan santan pekat...utk mudah,gunakan santan pekat yg dijual kat pasar... ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment