Sunday, April 1, 2012

Resepi Sambal Tempe


Bahan2nye:~
1 kpg tempe~ saiz besar .. goreng nipis
1 mangkok k/tanah
1 genggam ikan bilis
2 senduk cili mesin
garam, gula n air asam secukupnya
minyak masak utk menggoreng
1 bj bwng besar


Cara2nye :~
Tempe, k/tanah n ikan bilis digoreng dahulu
Ambil 1 senduk minyak masak dr gorengan tempe td
Tumis bawang hingga garing
Masukkan Cili mesin ~ tumis hingga cili garing n masak ~ gn api kecil
Masukkan garam, air asam n gula secukupnya ~ kacau rata n tutup api
Masukkan tempe, k/tanah n ikan bilis yg tlh di goreng ~ kacau rata n sebati
Selamat mencuba ...:-)

* Bila sambal tempe dah sejuk blh lah masukkan dlm bekas yg kedap udara supaya sambal tempe tidak lemau/masuk angin *

Resepi Betik Masak Lemak


Bahan2nye:~

1/2 biji betik muda
1 biji kelapa - dparut dan diperah santannya( santan pekat)
Segenggam cili padi ( kalau tak suka pedas,boleh dikurangkan)
2 inci kunyit hidup
segenggam ikan bilis
sehelai daun kunyit ( jika tak ada,tak bubuh pun tak apa)
garam secukup rasa

Cara-caranye:~

Betik muda dicincang halus ( jgn terlampau halus sangat....sederhana jelah...) Cuci dan toskan.
Tumbuk cili padi dgn kunyit sehingga lumat.
Masukkan betik muda,santan dan bhn tumbuk tadi kedlm kuali- senang nak kacau lauk tersebut.
Masak dgn api yg perlahan agar santan tadi tidak pecah.Masukkan ikan bilis dan garam secukup rasa.
Setelah mendidih masukkan daun kunyit yg telah disiat.Kacau seketika dan bolehlah dipadamkan api.
Masakan ini kurang kuahnya,ia spt rendang....kalau berkuah tak sodaplah...sbb itu ia menggunakan santan pekat...utk mudah,gunakan santan pekat yg dijual kat pasar... ..